Undian belah bahagi tidak cukup MP, Belanjawan 2021 akhirnya diluluskan

Undian belah bahagi tidak cukup MP, Belanjawan 2021 akhirnya diluluskan

Selepas perbahasan hangat Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021, Dewan Rakyat akhirnya meluluskan Belanjawan 2021 hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan kelulusan RUU itu pada jam 3.28 petang.

RUU itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen (MP) daripada kerajaan dan pembangkang tanpa melalui undian belah bahagi.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menggulung perbahasan selama kira-kira sejam.

Hanya 13 Ahli Parlimen kemudiannya berdiri untuk menyokong cadangan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang mahu pengundian dibuat secara belah bahagi sekali gus gagal mendapat sokongan sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen.

Kelulusan RUU tersebut membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan

Bagaimanapun kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu menempuh kekangan kedua apabila Belanjawan 2021 akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan sebelum ia sekali lagi diundi sebelum diluluskan.

Sokongan kepada pengundian hari ini susulan pengumuman Tengku Zafrul mengenai pelbagai peruntukan tambahan termasuk kebenaran pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti dituntut banyak pihak.

COMMENTS