Sport Toto, Magnum, Da Ma Cai dibuka hari ini

Sport Toto, Magnum, Da Ma Cai dibuka hari ini

Syarikat nombor ramalan mengumumkan membuka semula operasi selepas mendapat kebenaran hari ini.

Sports Toto Malaysia Sdn Bhd, Magnum Bhd dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (Da Ma Cai) mengumumkan pembukaan semula itu melalui media sosial dan laman web masing-masing.

Pan Malaysian Pools berkata Da Ma Cai akan dibuka dengan mengambil kira SOP dan keselamatan pelanggan.

“Semua kedai kami akan dibuka esok (16 Feb).

“Jangan ketinggalan cabutan khas pada 16 Februari! Magnum 4D Jackpot kini hampur RM16 juta,” tulis Magnum pula di Facebook semalam.

COMMENTS