Panas!!! Ucap Deepavali tapi kena kecam

Panas!!! Ucap Deepavali tapi kena kecam

Ucapan selamat menyambut Hari Deepavali yang dihulur dibalas dengan kecaman dan sindiran ribuan rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Itu yang dialami dua Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali dan Datuk Aaron Ago Dagang, masing-masing merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai dan Kanowit.

Poster ucapan mereka kepada penganut beragama Hindu itu dimuat naik di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) kira-kira jam 4 petang tadi.

Hantaran melibatkan kedua-dua wakil rakyat dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dianggap ‘halimunan’ itu menerima lebih 3,000 tanda emoji, 1,000 komentar dan lebih 90 perkongsian selepas lima jam disiar.

Rata-rata reaksi warganet yang membanjiri ruangan komentar menghentam mereka berdua dengan paling ketara menganggap tiba-tiba pula muncul pada musim perayaan.

Ramai turut bernada sinis atau mungkin benar-benar tidak mengenali Noor Azmi dan Aaron yang masing-masing adalah pemimpin Bersatu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) – Parti Rakyat Sarawak (PRS).

“Itu saja yang mereka boleh buat. Mengabihkan boreh ajo (beras saja). Tak kenal, siapa ni?” soal Mohd Zin Hashim.

Tidak kurang juga yang mencabar timbalan-timbalan menteri terbabit agar selepas ini tampil mengemaskini maklumat mengenai perkembangan kes Covid-19.

Walau bagaimanapun, ada juga yang masih tidak lupa Noor Azmi yang pernah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila menghadiri jamuan di Maahad Tahfiz al-Quran Lid Dakwah Wal Imamah (MTQDI) di Kampung Luat, Lenggong pada 17 April lalu.

Hadir bersama Exco kerajaan negeri Perak, Razman Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, kedua-duanya kemudian didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Grik, 28 April lalu.

COMMENTS