Panas!!! Mahathir sembang macam dia saja penyumbang!

Panas!!! Mahathir sembang macam dia saja penyumbang!

Mahathir tidak wajar untuk menganggap kejayaan PRU-14 adalah kerana sosok dia.

Kemenangan pada PRU-14 bukan kerana asas yang bermula pada tahun 2015, atau tahun 2016, sebaliknya ia adalah tapak yang dibina kembali sejak 2008.

Apabila Pak Lah dengan imej Mr Clean berjaya meruntuhkan terus kekuatan parti pembangkang pada 2004, maka pembangkang mencuba kembali resepi 1999, iaitu kesatuan.

Kesatuan pembangkang hingga akhirnya pada 2008, parti pembangkang berjaya menafikan dua pertiga majoriti serta merampas Selangor, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah serta mengekalkan Kelantan.

Tun Mahathir telah berdiri di tapak yang sedia kukuh, kenyataan bahawa DAP hanya mendapat 18 kerusi sebelum adanya dia juga adalah tidak benar.

Pada PRU-13, adalah 38 kerusi, diikuti oleh Keadilan 30 kerusi dan Pas ketika itu bersama Pakatan Rakyat, memperoleh 21 kerusi.

Pakatan Harapan (PH) sendiri sebelum Tun Mahathir memiliki 80 kerusi asas. Di situ tapak sedia ada.

Kehadiran Mahathir bersama PH tidaklah bermakna tiada erti, ada nilai tambah yang dirasakan memberi kesan, dan setiap kesan itu, besar atau kecil sememangnya kita perlukan.

Cuma amatlah tidak selesa sekiranya Mahathir beranggapan bahawa kemenangan dan sokongan kepada PH adalah kerana sosok tubuhnya.

Rekod terakhir PRU yang disertai Mahathir adalah penolakan Melayu terhadap Umno pada 1999.

Jika tanya pandangan peribadi saya, faktor kemenangan PH pada PRU-14 mengikut merit tertinggi adalah:

1. Kekuatan sedia ada PH di pantai Barat
2. Pertembungan tiga penjuru BN – PH Pas
3. Pelaksanaan GST
4. Skandal 1MDB
5. Imej Najib / Rosmah

Kemenangan di kawasan Felda, mungkin boleh disebut ada peranan Mahathir namun sokongan Melayu pada PH dalam PRU-14 hanyalah sekitar 25 peratus.

Maka, boleh disebut sekalipun mahu mengatakan ada faktor Mahathir, letaklah 10 dari 25 peratus tersebut.

Jadi, sumbangan keberadaan Mahathir adalah KECIL tetapi signifikan kerana pada PRU-14, swing undi Melayu yang kita mahu hanya sekitar 5 hingga 7 peratus untuk menang.

*MUAMMAR QADDAFI NASIR ialah Pemuda AMANAH Terengganu.

COMMENTS