Ketatnya terkeluar lemak degil, warganet tegur pakaian Azmin

Ketatnya terkeluar lemak degil, warganet tegur pakaian Azmin

Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat menarik perhatian warganet apabila mengenakan pakaian berbasikal yang ketat hari ini.

Gambar yang dikongsikan di Facebook rasmi Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu secara jelas memaparkan sosok tubuh Ahli Parlimen Gombak itu.

“Pergh, ketatnya terkeluar lemak-lemak degil,” kata seorang warganet di ruangan komentar.

Rata-rata menganggap Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PN tidak sesuai memakain pakaian ketat memandangkan tubuhkan bukan sasa atau ‘sado’ untuk berpenampilan sedemikian.

Tiga gambar dikongsikan di Facebook Azmin yang bersama Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

“Terima kasih @wanfayhsal yang turut sertai saya dan rakan-rakan bersarapan di Nasi Lemak Wan Jo, Kampung Baru.

“Beliau kongsikan perancangan dan usaha gerak kerja ARMADA dalam mendekati golongan muda mengenai usaha kerajaan Perikatan Nasional.
Thanks Bro belanja makan!” katanya.

Selain Azmin, turut kelihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin yang sebelum ini keluar PKR untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

COMMENTS