JKR ‘double standard’!!! Minta maaf menteri kemalangan ringan, rakyat mati?

JKR ‘double standard’!!! Minta maaf menteri kemalangan ringan, rakyat mati?

Selepas tular berita kemalangan yang melibatkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam, netizen mula membidas Jabatan Kerja Raya (JKR) yang jelas nampak sikap ‘double standard’.

Khairy yang mengalami luka dan tidak serius selepas melanggar sebuah lubang di jalan raya, JKR Kuala Langat tampil membuat permohononan maaf kerana insiden tersebut.

Tindakan JKR memohon maaf kepada menteri terbabit mengundang tanda tanya mengapa harus berlaku ‘double standard’ keatas kemalangan kecil yang melibatkan menteri ini?

Ketua Angkatan Muda Keadilan Kuala Langat Mohd Shah Rezza Mohd Tuniman berkata, JKR seharusnya bersikap adil untuk turut sama meminta maaf kepada pengguna jalanraya lain yang juga pernah teribat kemalangan malah ada yang meninggal dunia akibat kecuaian mereka.

“Masih banyak ‘spot’ kerosakan di sekitar jalan seliaan mereka dan apakah rasa ingin meminta maaf hadir hanya ketika kemalangan melibatkan menteri sahaja?

“Saya ingin menegaskan bahawa tidak perlu ada ‘double standard’ kepada mana-mana menteri yang terlibat kemalangan dijalanraya kerana mereka mendapat keistimewaan pengecualian cukai jalan.

“Sebaliknya rakyat marhaen ini adalah pembayar cukai jalan setiap tahun dan berdiam diri bila kemalangan menimpa mereka.

“Janganlah bersikap seperti pahat dan penukul, diketuk baru hendak jalan kerja. Lebih malang lagi diketuk berkali-kali masih tak jalan kerja,” katanya.

Dalam pada itu Facebook My Kuala Langat turut berkongsi gambar-gambar kemalangan yang hampir serupa dengan kejadian menimpa menteri terbabit.

“Semua ini kemalangan akibat langgar lubang. Dan yang menariknya semua ini hanya melibatkan rakyat biasa, bukan menteri.

“Tapi kenapa Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Langat tak pernah ada sedikit pun rasa minta maaf?,”soalnya.

Semalam, Ahli Parlimen Rembau itu mengalami kecederaan akibat kemalangan selepas basikal yang ditunggangnya melanggar sebuah lubang.

Basikalnya dipercayai melanggar lubang menyebabkan beliau terhumban ke dalam parit.

 

Sumber: MD

COMMENTS