Ibu bapa bengang!! Pas keluar notis tangguh sesi sekolah Pasti ‘last minute’

Ibu bapa bengang!! Pas keluar notis tangguh sesi sekolah Pasti ‘last minute’

Facebook Pasti Malaysia hari ini dihujani kecaman ibu bapa berikutan tindakan mengeluarkan notis penangguhan operasi secara fizikal iaitu tujuh jam sebelum sesi persekolah bermula pada hari ini.

Penangguhan sekolah yang dibuat saat-saat akhir berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 4 Februari 2021.

Susulan notis dikongsi di sosial media itu ramai ibu bapa memberi komen dan mengecam pengurusan Pasti yang membuat keputusan saat akhir sedangkan ia boleh dilakukan lebih awal.

Malah ada ibu bapa yang merungut segala uniform dan kelengkap sudah dibeli apatah lagi segala yuran pendahuluan sudah dibayar.

“apa punya pengurusan lahai..bnda blh decide awal..Pm bkn umum pkp smlm..dh byk ari umum..knp smlm bru nk meeting dan nak bt keputusan..bz sgt ke?????kami dpt info 7pg..kalau pasal yuran..blh je mention..xnk anta anak sekolah terpulang pada ibu bapa..yuran still nk suruh byr full..cuba fikir pro n kontra dia lah sikit…!!yang menjawab kt ibu bapa cikgu kt sekolah sana..bukan orang atasan..hampa btol sikap mcm nih!! ” kata Noriza Ismail.

“Sila jelaskan tentantg yuran.. ada sesetengah dari kami sudah bayar yuran full termasuk lh buln 1.. takkan bulan 2 juga kami kena bayar yuran full.. jgn cakap tentang belajar o9.. 5 tahun mcm mana faham..😭kalo tahu tangguh daftar je lah dulu.. istigfar2.. ,”kata Liesa Sentro sambil meletakkan emoji menangis.

“Siapa lah yang buat kerja macam budak2 ni.. Mula2 cakap PKP pun boleh bukak.. Lepas tu pagi tadi pukul 6 pagi baru dapat info dari group pasti kota damansara cakap tutup pulak.. Saya dah on the way tadi baru tahu ada whatsapp cakap tutup… Kesian anak dah pakai baju uniform cantik2 nak pergi sekolah.. Muka hampa je dia tadi… Tolong la buat kerja betul2… Info awal.. Tak boleh bukak cakap je awal2… Bukan last minit macam ni,”kata Aliff Iskandar.

“Orang takkan marah kalau bagitahu awal. Tapi isunya bila suruh buat bayaran yuran penuh, baru diberi buku & baju & selepas itu baru maklumkan tunda buka sekolah. Bukan semua ibu bapa ada simpanan yg sama. Mungkin yuran tu boleh dahulukan bayaran yg lain. Boleh je minta kami buat bayaran hujung bulan ke bila tak pasti buka atau tidak sekolah macam ni,” ujar Intan Syahira Ramli.

“Sy mohon budi bicara Ketua DPMM ir hj khairil turut pertimbangkan pengurangkan kos byrn bulanan..bebananan ini perlu juga diambil kira setiap keptusan yg dibuat..supaya 2 2 belah pihak berpuas hati…terima kasih tuan ir hj khairil sekiranya dpt memberi masa tuan membuat pertimbangan ini..,” bidas Shah Heermie Sam.

“Benda mudah.. maklum awal la.. itu pun susah ker.. kita kerja bkn dgn company mak bapak kita sendiri.. nk ambik cuti lg.. sy sbg pnjaga blh la merancang anak nk letak kat mana klu xleh skolah..,”Agus Mualim Mazlan.

Hampir 500 komen setakat ini adalah kecaman ibu bapa yang tidak boleh menerima keputusan saat akhir Pasti.

Kenyataan atau notis tersebut ditandatangani oleh Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

 

COMMENTS