Gempar!!! Zeti jawab tuduhan songlap 1MDB!

Gempar!!! Zeti jawab tuduhan songlap 1MDB!

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau dan keluarganya menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau yang kini Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyifatkan terdapat laporan media yang salah telah mengaitkan diri dan keluarganya dengan syarikat yang terpalit dengan dakwaan penyelewengan oleh Datuk Seri Najib Razak itu.

“Tuduhan terhadap saya dan keluarga sama sekali palsu serta berniat jahat,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Zeti juga menjelaskan telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang menyiasat skandal membabitkan penyelewengan lebih AS$4.5 bilion (RM18.8 bilion) seperti didakwa Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) itu.

“Isu-isu yang berkaitan dengan 1MDB telah disiasat secara menyeluruh dan teliti oleh pihak berwajib, iaitu BNM, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan memberikan polis dan SPRM semua maklumat yang diperlukan berkaitan dengan siasatan rasmi mengenai 1MDB dan bekas perdana menteri (Najib Razak),” jelasnya.

Kenyataan itu susulan gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Zeti menjelaskan tuduhan terhadapnya dan keluarganya oleh blogger Raja Petra Kamaruddin.

Terdahulu, Raja Petra Kamaruddin mendakwa keluarga Zeti menerima dana dari ahli perniagaan kontroversi, Jho Low susulan pengeluaran bon oleh Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA), yang merupakan pendahulu 1MDB.

Ketika itu, Zeti merupakan Gabenor BNM manakala Jho Low adalah dalang utama penyelewengan dana 1MDB yang sehingga Ogos tahun lalu dipercayai bersembunyi di China.

Penjenayah antarabangsa yang dalam buruan itu dan dikenali suka berhibur dengan selebriti terkemuka Hollywood dituduh melakukan pengubahan wang haram di beberapa negara.

Memberi penjelasan lanjut, Zeti berkata, beliau berpotensi dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan membabitkan Najib yang sedang berlangsung di mahkamah.

“Oleh itu, pada pandangan saya akan mengganggu perbicaraan yang sedang berlangsung dan berpotensi menjadi subjudis bagi saya untuk membuat kenyataan pada masa ini,” katanya.

Julai lalu, Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta berhubung penyelewengan dana yang dikaitkan dengan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Bekas Perdana Menteri itu juga menghadapi 25 tuduhan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa melibatkan dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion.

COMMENTS