Gempar! Seorang pekerja Top Glove sudah mati, lebih 5,500 pekerja lagi sah dijangkiti!

Gempar! Seorang pekerja Top Glove sudah mati, lebih 5,500 pekerja lagi sah dijangkiti!

Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) mencatat keuntungan bersih RM2.41 bilion bagi suku pertama berakhir 30 November tahun ini.

Rekod itu adalah 20 kali ganda lebih tinggi berbanding suku sama tahun sebelumnya, sekali gus menjadi keuntungan tertinggi dalam sejarah syarikat itu.

Pendapatan Top Glove juga meningkat hampir tiga kali ganda pada suku dikaji kepada RM4.8 bilion berbanding RM1.21 bilion pada suku sama sebelum ini.

Walau bagaimanapun, dalam masa sama, jumlah jangkitan Covid-19 di kilang Top Glove di Klang, Selangor adalah penyumbang terbesar kes positif di negara ini.

Jangkitan virus dalam kalangan pekerja di syarikat yang mempunyai 28 kilang kesemuanya itu mencetuskan kluster Teratai sebagai kluster baharu dikenal pasti pada 7 November lalu.

Kes indeks bagi kluster Teratai iaitu kes ke-35,263 telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 2 November lalu.

Setakat semalam, Kluster Teratai mencatatkan 5,531 kes positif Covid-19 sekali gus jumlah tertinggi berbanding 45 kluster aktif lain.

Pada 2 Disember lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kluster itu sudah merebak ke peringkat komuniti membabitkan dua generasi.

Pekerja Top Glove juga warga Nepal, Yamnarayan Chaudhary Tharu, 29, menjadi pekerja pertama syarikat itu yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, lapor Malaysiakini.

Sementara itu, KKM dalam kenyataan pada 13 Disember lalu memberitahu terdapat empat lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di negara ini sebanyak 415 kes setakat kelmarin.

Semakan silang Malaysia Readers mendapati, salah satu kematian kelmarin merupakan kes positif Covid-19 ke-55,965.

Individu itu menjadi kes kematian ke-415 melibatkan lelaki bukan warganegara berusia 29 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

Petikan dari kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelmarin.

COMMENTS