Gempar! Elya KWSP mirip Maria Ozawa

Gempar! Elya KWSP mirip Maria Ozawa

Watak animasi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Elya dikatakan menyerupai bekas pelakon filem lucah, Maria Ozawa.

Sejak kelmarin, Elya yang menarik perhatian orang ramai apabila berperanan sebagai penasihat sebelum pencarum KWSP meneruskan permohonan i-Sinar.

Menerusi aplikasi i-Sinar, Elya mengingatkan jumlah yang dipohon untuk dikeluarkan akan berganda jika disimpan pada usia pengeluaran penuh iaitu 55 tahun.

Kemunculan Elya itu kemudiannya mengundang rasa serba salah sebahagian pencarum untuk meneruskan permohonan i-Sinar.

Dalam masa sama, ada yang membuat padanan imej Elya dengan pelakon filem porno kacukan Jepun dan Perancis itu.

Maria Ozawa

Maria Ozawa, 34, yang menggunakan nama Miyabi mula terjebak dalam industri perfileman lucah seawal usianya 19 tahun.

Akibatnya, dia diusir dari keluarganya sendiri dan setakat 2017 lalu, Maria dilapor tidak lagi berhubungan dengan keluarga termasuk teman-teman rapatnya.

Maria yang dikatakan sudah meninggalkan industri filem lucah itu sudah menetap di Filipina bersama kekasihnya seorang chef dan model, Jose Sarasola.

Tahun lalu, Maria tampil memakai selendang walaupun mengenakan baju berlengan pendek mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada warga Indonesia.

COMMENTS