GEMPAR!!! Daerah mana di Selangor rumah tangga paling ganas?

GEMPAR!!! Daerah mana di Selangor rumah tangga paling ganas?

Daerah Hulu Langat merekodkan jumlah tertinggi keganasan rumah tangga di Selangor iaitu 70 kes sejak Januari hingga September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud, berkata, angka tersebut adalah daripada jumlah keseluruhan 254 kes keganasan rumah tangga di Selangor sepanjang tempoh itu.

Selain Hulu Langat, Gombak di tangga kedua dengan 34 kes diikuti Subang Jaya (31), Klang (29) serta kawasan lain (90).

“Daripada jumlah keseluruhan itu, mangsa dalam 224 kes membabitkan wanita, manakala 30 lagi lelaki,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini yang memetik statistik Unit Perundangan dan Penguatkuasaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Berkenaan keganasan rumah tangga yang paling banyak dilaporkan, Dr Siti Mariah memberitahu kes menyebabkan kecederaan atau mencederakan mangsa secara fizikal, iaitu sebanyak 119 kes.

Naib Presiden AMANAH itu berkata, ia disusuli 71 kes dengan sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal, selain 50 kes pelaku melakukan penderaan psikologi dan emosi terhadap mangsa.

“Kes keganasan rumah tangga juga dilihat meningkat secara mendadak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ia berkemungkinan disebabkan tekanan yang dialami akibat PKP,” jelasnya.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang itu juga berkata, kerajaan negeri bekerjasama dengan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WOA) dalam Program Komuniti Selamat Bersepadu.

Dr Siti Mariah berkata, ia bagi menyediakan keperluan seperti perubatan, tempat tinggal, pengangkutan dan makan minum kepada mangsa keganasan rumah tangga.

“Sepanjang tempoh April hingga Jun lalu, seramai 33 individu (mangsa keganasan rumah tangga) dilindungi membabitkan 16 wanita, enam kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan, empat bayi lelaki dan dua bayi perempuan,” katanya.

COMMENTS