Gempar! 116 pekerja kilang Panasonic di Shah Alam kena Covid-19!

Gempar! 116 pekerja kilang Panasonic di Shah Alam kena Covid-19!

Seramai 116 pekerja di dua kilang milik Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd (PMMA) di Shah Alam disahkan positif Covid-19 setelah pemeriksaan dilakukan baru-baru ini.

Syarikat tersebut mengeluarkan notis kepada Bursa Malaysia hari ini, memaklumkan mereka terbabit adalah daripada 2,137 pekerjanya yang menjalani ujian saringan.

Susulan itu, Panasonic menutup sementara dua kilangnya selepas dinasihatkan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling bermula hari ini sehingga lusa bagi membolehkan operasi sanitasi kuman.

Kerja-kerja sanitasi juga akan dilakukan di kawasan penginapan pekerja PMMA.

“Keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan kakitangan serta komuniti adalah keutamaan kami untuk mengatasi keadaan.

“Kami telah dan akan terus mematuhi prosedur operasi standard pencegahan (SOP) Covid-19 secara ketat,” kata Panasonic.

Menurut PMMA lagi, semua langkah pencegahan yang disarankan telah dilaksanakan dengan ketat.

COMMENTS