Dah berapa menteri dan timbalan positif COVID-19 kini giliran Halimah Sadique

Dah berapa menteri dan timbalan positif COVID-19 kini giliran Halimah Sadique

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu hari ini, Halimah yang juga anggota Parlimen Kota Tinggi menjalani ujian saringan semalam dan disahkan positif hari ini oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Susulan itu, Halimah akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh KKM di Johor Bahru.

“Sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan ini, dia akan terus memantau dan memastikan segala urusan Kementerian Perpaduan Negara berjalan dengan lancar,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyatan itu lagi, Halimah juga memohon maaf atas kesulitan dan masalah yang timbul susulan perkembangan tersebut.

Setakat ini sudah beberapa menteri dan timbalan menteri yang dijangkiti wabak itu.

Terdahulu, KKM mengesahkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun turut positif Covid-19.

Sejumlah ahli politik juga telah disahkan positif dengan yang terbaru antaranya Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz.

 

 

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/559601

COMMENTS