BENGANG! Pencarum KWSP mengadu pada Najib!

BENGANG! Pencarum KWSP mengadu pada Najib!

Ramai pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ‘mengadu’ pada Najib Razak susulan pembentangan Belanjawan 2021 yang dibentangkan hari ini.

Rata-rata pencarum KWSP berang apabila kerajaan hanya membenarkan pengeluaran simpanan daripada Akaun 1 cuma RM500 sebulan bagi 600,000 ahli sahaja yang layak.

Untuk rekod, KWSP mempunyai 14.6 juta ahli dengan 7.88 juta atau 54 peratus daripada jumlah itu berusia 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang RM50,000.

Dalam tempoh dua jam, Facebook rasmi Najib dibanjiri dengan hampir 9,000 komentar termasuk kecaman orang ramai.

Mereka dilihat kecewa dengan pengumuman itu ketika ramai rakyat berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) terjejas dengan impak pandemik Covid-19.

Pengguna Facebook, Julia Nadia antaranya, memberitahu Najib bukannya tidak bersyukur dengan pengumuman kerajaan berkaitan pengeluaran Akaun 1 KWSP itu tetapi penetapan hanya bagi 600,000 pencarum akan menyebabkan jutaan pencarum tidak berpeluang menikmati inisiatif tersebut.

“Takkan nak guna duit sendiri pun kena minta izin orang lain. 600,000 (pencarum) sahaja yang layak maknanya kami yang golongan sederhana ni tak dapatlah bantuan itu,” keluhnya.

Sehubungan itu, Julia secara sinis berkata, tempoh Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri hanya sepenggal sahaja.

“Kirim salam sajalah dengan Muhyiddin. Cakap kepada dia sepenggal sajalah dia jadi PM selepas ini,” katanya lagi.

COMMENTS