Akhirnya rakyat Kelantan hadap PKP bermula 16 hingga 26 Januari

Akhirnya rakyat Kelantan hadap PKP bermula 16 hingga 26 Januari

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Kelantan bermula 16 Januari sehingga 26 Januari 2021.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya hari ini.

Terdahulu, Kerajaan Kelantan melalui Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin tidak menolak kemungkinan memohon Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sekiranya kes COVID-19 terus mencatatkan peningkatan.

Izani Husin meminta rakyat Kelantan supaya mematuhi SOP memandangkan kesemua daerah di negeri itu sudah dikategorikan sebagai Zon Merah.

“Sekiranya peningkatan kes COVID-19 tidak dapat dikawal, kemungkinan PKP akan dilaksanakan,” katanya.

“Ini bukan ugutan, cuma ingin beritahu kemungkinan ini akan berlaku kerana kes baharu semakin meningkat.

Sehingga hari ini hampir 100 kes baru setiap hari di laporkan di Kelantan bahkan 90% daerah kini adalah zon jingga dan merah.

 

sumber :MD

COMMENTS